Thursday, 11 July 2013

1.0 DEFINISI PERSATUAN:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh guru pelatih IPG yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.


2.0 TUJUAN:

   2.1 Menggabungkan guru pelatih yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan.
   2.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.
   2.3 Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
   2.4 Mewujudkan peluang kepada guru pelatih mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan.
   2.5 Mewujudkan wahana kepada guru pelatih mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.